Monday, April 13, 2009

Termenung...

Istilah termenung membawa dua maksud iaitu:

1.Termenung-bersendirian memikirkan sesuatu yang bermain di kepala anda

2.Termenung-Berada di dalam bilik kecil juga diistilahkan sebagai termenung

Temenung@ikan kembong-sedap dibuat laksa-diklassifikasikan sebagai tiada kaitan dengan termenung 1 atau 2.

Kisah termenungku
-Baru-baru ini,aku menuju ke suatu tempat yang aku rasa aku sangat benci jika pergi di awal pagi.Yaa..ke kampus.Jam di tangan menunjukkan jam 7.45a.m.Aku berada di Datok Keramat pada waktu itu,menyusuri jalan.Tiba di simpang,lampu isyarat bertukar ke warna merah,maka aku terpaksa berhenti.Aku termenung seketika(apa yang ditermenungkan tidak dapat dipastikan).Lampu bertukar hijau-aku masih termenung sehingga di 'hon' secara bertubi baru aku tersedar dan meneruskan perjalanan ke kampus dan....aku meyambung termenung yang tergendala.Agak lama aku termenung...sedar-sedar aku sudah berada di Kg baru.Akibat termenung aku tersasar.Nasib baik termenung aku itu tidak melanjutkan aku hingga ke Seremban.

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

Imaginasi dalam kepala terkandungnya ilusi dimana aku sedang memetik daun-daun di pokok lalu dedaun tadi bertukar menjadi wang bernilai dolar,pound,euro,ringgit,tapi daun tetaplah daun.Hukum alam manakan boleh jadi melainkan kuasa-NYA.