Thursday, May 14, 2009
Blog..blog..goblog
Thursday, April 30, 2009
Babysitter ade jambang
kecewa aku sampai lampu bilik pon blow
Tuesday, April 28, 2009
Pagi buta yang celik
.jpg)
Ilmu juga terkandung di dalam bantal yang anda dakap
.jpg)
Kadang kala kejayaan dapat dicapai dalam tidurnya..ni best student klo korg nak tau..btol xtipu
.jpg)
Pagi tu tinggal aku sorang je yg tgh mentelaah@buat revision..yg lain da lme study dalam tido..ilmu peniduran,kod subjek DDJ1234 credit hour:ikut suke anda.Aku tak buleh arr nak start tido...mesti payah tol nk bangun balik.
Tuesday, April 21, 2009
Detik-detik cemas bulan ini dan masuk skit sampai bulan depan
Monday, April 20, 2009
Aku dan burung hantu dan Lee
Saturday, April 18, 2009
CS-cszero fever
-tibe-tibe mouse aku hilang-abah aku ambik nak main condition zero jugak.so bukan aku sorang je yang kene cs fever kan??
aku buat blog baru
Monday, April 13, 2009
Termenung...
1.Termenung-bersendirian memikirkan sesuatu yang bermain di kepala anda
2.Termenung-Berada di dalam bilik kecil juga diistilahkan sebagai termenung
Temenung@ikan kembong-sedap dibuat laksa-diklassifikasikan sebagai tiada kaitan dengan termenung 1 atau 2.
Kisah termenungku
-Baru-baru ini,aku menuju ke suatu tempat yang aku rasa aku sangat benci jika pergi di awal pagi.Yaa..ke kampus.Jam di tangan menunjukkan jam 7.45a.m.Aku berada di Datok Keramat pada waktu itu,menyusuri jalan.Tiba di simpang,lampu isyarat bertukar ke warna merah,maka aku terpaksa berhenti.Aku termenung seketika(apa yang ditermenungkan tidak dapat dipastikan).Lampu bertukar hijau-aku masih termenung sehingga di 'hon' secara bertubi baru aku tersedar dan meneruskan perjalanan ke kampus dan....aku meyambung termenung yang tergendala.Agak lama aku termenung...sedar-sedar aku sudah berada di Kg baru.Akibat termenung aku tersasar.Nasib baik termenung aku itu tidak melanjutkan aku hingga ke Seremban.
Sunday, April 12, 2009
Tunggu-tunggu sampai ke sudah x datang
Jumaat malam tu:
"Gee sok aku nak jumpe ko boleh?bukan per,nak sembang2 nak minum2-minum ngan ko pastu ade bisness baik nak offer kat ko nih-hihi(gelak mcm orang isap gam pon ade),xsabar aku nih nak jmpe ko"-kata beliau
Sabtu pagi yang tak pagi sangat
Tunggu la aku ni...10 minit pertama-2 batang rokok...10 minit kedua 2 batang lagi.10 minit lepas tu rokok abes,singgah kedai beli lagi sekotak 20.sambil bayar mata aku jeling kt luar kot beliau dah sampai.10 minit kemudian 3 batang aku rokok.sampai baju aku dah bau asap rokok.ok tak per aku kasi lagi 10 minit.Kali ni sebatang rokok.Time's up-beliau dengan batang hidung beliau aku tak nampak.Aku nak call kredit lak abes...so aku bawak la hati yang penuh dengan amarah ni balik rumah.
Pengajaran:
1.baik tunggu kat rumah je..boleh baring2 tgk layan tv ke
2.sambil layan tv makan biskut
3.Jangan caye perkataan 'bisness baik'
Menyakat dan aku tersakat
1.susah bangun pagi-tidor berprofil tinggi
2.Selsema sepanjang tahun-bukan resdung pasal muke aku tak gatal2,jarang bersin.aku xalah dekat seafood
3.kasut ngan sliper aku saiz 9 kadang-kadang jadi 10
4.malas nak angkat phone ngan reply msg-boleh jadi ade yg tgh berdendam dengan aku kot
5.makan sambil membaca-xsama maksud dengan membaca sambil makan,ade paham?
6.time tido,bantal mesti tinggi..kalo x nanti aku pening
7.Suke cakap sorang-sorang sebelum tido
8.Last2 ni aku suke bace novel..kenape eh?
Thursday, March 26, 2009
Cough syrup tragedy
9.00p.m
Guardian Giant Hulu Kelang
Saya diminta abah membeli ubat batuk untuk nenda...
dialog dalam hati
"ubat mane yang best?"
tiba-tiba datang seorang pelanggan dan turut berada disebelah saya..kedua-dua watak pada masa ini berada di dalam keadaan yang sama.
"eh..die pon nak beli ubat batuk gak ke?"
kemudian beliau menegur saya
"emm...knape dik?,lame abg tgk dik menung"
saya pun menjawab
"heheh...xtau nk beli ubat yg mne.."
"owh...kite serupa"abg tu membalas
"eh...cam penah nampak,ni cikgu yusri kan?"saya membalas
"hah..ye la,betoi...adik ni..........??"abg td putus ayat
"saya azizi..student cikgu dlu..igt x?ala yang suke conteng buku tu"
"ler...Masyaallah,patutla..hahah...lame xjumpak.wat pa la ni"
"blajaq lagi kt utm kl"
begitula serba sedikit dialog pertemuan 2 insan...abang tadi merupakan guru kelas saya semasa saya berada di darjah 1-2.Beliau merupakan guru yang best dan 'sporting'.
Berjumpa kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
PDRM new petrocar-Evo X



- First previewed in 2007, the all-new tenth-generation Lancer Evolution was introduced by
Mitsubishi for the 2008 model year, continuing the nameplate's tradition of high performance in a small-displacement four-passenger sedan.
The Evo X is offered in two trim levels. The entry-level GSR is offered with a five-speed manual transmission, Recaro Sport seats and Enkei wheels, as well as optional spoiler, HID headlights, and upgraded sound system.
The upgraded MR includes

Both trim levels feature the new all-aluminum 2.0 liter turbocharged four-cylinder MIVEC4 motor producing 295 horsepower and 300 pound-feet of torque and Super All Wheel Control (S-AWC) drive system.
The S-AWC system, which regulates torque and braking at each wheel includes a bevy of acronyms: ASC (Active Stability Control), ACD (Active Center Differential), AYC (Active Yaw Control) and Sport ABS, an ABS system designed for aggressive driving. The biggest difference over the outgoing car is the large number of yaw sensors included in the system, all designed to keep the Evo X on its intended path. The S-AWC system can be set for three different road surfaces: tarmac (standard), ice and gravel
The Twin Clutch SST on the MR appears similar to Audi/VW's DSG system; even and odd gears are on separate clutches for rapid-fire shifting and no torque loss between gears. Shifting of the TC-SST is controlled by alloy paddles on the steering wheel or the gear shift lever when in manual mode, and by the engine computer in automatic mode. The system has three modes: Normal, Sport and S-Sport, the latter providing the most aggressive, fast shifts.
Safety measures include the Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) unibody system to disperse energy in front and side impact collisions and protect the fuel system from rear impact, and front and side impact air bags, plus a driver's knee air bag.
*
Sunday, February 1, 2009
Tengku Djan Ley..
Proud to be Malaysian-Tengku Djan pki ae86 tapau V.Gittin yang pki Ford Mustang Gt..
ae 86 T.Djan ade kire-kire 190hp jer kalo nak 'compare' dengan Ford Mustang tu yang aku agak ade 'over' 300 hp.Mase ni tak semestinya keta power boleh dominant,batol x???
Dari kaca lensa 1.3 mp aku
.jpg)
Jalan ni merupakan jalan yang oleh dikatakan agak sunyi dan jarang digunakan.1st lihat keadaan jalan yang agak cantik(berbeza dengan keadaan jalan yang selalu digunakan oleh lori-lori felda).Keadaan selekoh yang mempunyai sudut yang agak tajam memang sesuai untuk para kaki "drift" tetapi risiko agak tinggi kerana terletak di bahagian kawasan bukit-terdapat gaung.Kawasan ini boleh dikatakan 60% 'similar' kepada Bukit Akina,Jepun tapi lagi 'horror'(silap-silap boleh jumpa Harimau anak beranak@jin-jin berkeliaran mengikut kata penduduk setempat) dan tiada lampu jalan.Gambar ini 'disnap' aku ketika dalam perjalan mengambil nenek aku kat felda Mempaga,Karak Pahang.Nama lokasi tidak diketahui tetapi kedudukan kawasan ini aku tau...
Friday, January 30, 2009
A little bit of me maybe a lot..hahah
Setiap manusia mempunyai hobi dan beliau tidak terkecuali.Pada masa lapang(setiap masa adalah masa lapang baginya) beliau acapkali dilihat bersama-sama dengan gitar tong yang dibeli murah daripada seorang rakan dengan harga Rm20 dan juga selalu dilihat berdua-duaan dengan komputer ribanya.Selain itu beliau amat meminati seni seperti melukis dan mencipta lagu syok sendiri.Memandu juga tersenarai dalam hobi beliau kerana beliau amat meminati kereta dan motosikal.
Muzik yang diminati beliau adalah terdiri daripada irama-irama yang keras seperti metal,speed metal,trash metal,rock kapak,experimental music dan seangkatan dengannya.Namun beliau tidaklah menolak irama yang sedap didengar oleh telinganya.Meminati band-band seperti Metallica,Butterfingers,Children of Bodom dan sebagainya yang tidak dapat disenaraikan akibat terlalu banyak.
Bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera setelah tamat belajar nanti,beliau juga berhasrat untuk memiliki kereta Honda EK9 setelah bekerja nanti.Cita-cita beliau pada masa hadapan adalah untuk menjadi jurutera yang berjaya didunia dan akhirat,memiliki gitar idaman,memiliki "tuner shop@pro shop",membuka studio muzik,memiliki ladang ternakan lembu dan kambing dan membuka kedai kek@restoran@kefe.
Akhir sekali sebelum menutup kisah,beliau berniat di dalam hati bahawa hidup ini adalah kerana Allah taala dan mati pun kerana Allah.Beliau juga berharap hidup beliau,keluarga dan rakan-rakan sentiasa dihujani Rahmat Allah.
Amin.....
Tour to Wisma Bentley,Damansara..
.jpg)
Aku ngan Sheh gi Bentley Music,Damansara mase Jumaat tuh..Specific date aku xigt,tp Jumaat la.Mse OTW gi sane tayar blakang moto pancit plak..naseb bek jumpe kedai(sebenanye xbrape baik arr) sebab kne kapak ngan cine kedai..kapak duit.Last2 kitorg pon smpai gak kt Wisma Bentley tu...besau gak tempat die..klabu la mate aku jap.Promoter pon ramah,xkesah la korang nk tgk2 dlu ker.Aku dapat pegang gitar signature siries-Fender Yngwie Malmsteen(RM7+++k).
kalo korang nak gi kt sini aku ltk adress:
Wisma Bentley Music:
No.3, Jln PJU 7/2,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor
Perlu waras gempur yahudi
DUNIA mengutuk kekejaman Zionis menghapuskan rakyat Palestin selain mengasingkan Islam dari pegangan umat Nabi Muhammad s.a.w.
Bukan setahun dua, malah ratusan tahun lamanya. Mereka tidak pernah lupa malah jauh sekali untuk terlupa.
Keriuhan anak muda berdemonstrasi, laungan dan pekikan “jahanam Yahudi” terus berkumandang di setiap ruang kampus.
Kesediaan Kementeriaan Pengajiaan Tinggi (KPT) membenarkan perhimpunan aman di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi membantah penindasan Israel terhadap Palestin sesuatu yang dialu-alukan.
Sebagai mencipta sejarahnya yang tersendiri, tanggal 9 Januari lalu, ribuan mahasiswa, pensyarah dan pentadbir berkumpul di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan untuk menyatakan suara hati mereka terhadap kekejaman zionis.
Namun, di sebalik kerancakan demonstrasi, timbul persoalan, sejauh mana perhimpunan itu mampu mengucap selamat tinggal kepada penindasan dan kekejaman itu?
Apakah resolusi memulaukan barangan buatan Amerika dan sekutunya dapat memastikan kedaulatan Palestin dipelihara?
Kira-kira dua minggu dilancarkan, “Operation Cast Lead” mengorbankan lebih 700 nyawa, kebanyakan penduduk awam.
Namun, kita sepatutnya kecewa kerana gagal membaca sejarah, belajar, berfikir dan merangka sesuatu daripadanya. Kita tidak rela terjerumus dalam lubang yang sama namun hakikatnya arah itu yang kita tuju.
Ketika usianya menjangkau 60 tahun, Israel mendominasi dan mempengaruhi iklim dan suasana dunia. Dengan hanya 7.282 juta penduduk pada tahun 2007 negara Zionis merekodkan Pendapatan Dalam Negara Kasar (KDNK) 188.936 bilion dolar Amerika.
Dari sektor pertahanan dan persenjataan, Israel memiliki kecanggihan teknologi keempat di dunia, meninggalkan negara-negara Islam yang lain.
Justeru, apakah tidak sedikit pun timbul rasa malu dan segan umat Islam yang diberikan amanah mentadbir dan mengurus alam, hidupnya dengan bekal al-Quran dan hadis yang bukan sekadar kata malah terbukti pada teladan kehidupan, sedangkan kita masih mundur?
Dalam menangani masalah itu, kita harus tenang dan waras. Api kemarahan semata-mata tidak membantu malah lebih menyulitkan keadaan.
Anak muda harus matang dan berhikmah agar tidak menjadi tikus membaiki labu. Tidak salah untuk marah, tetapi biarlah kemarahan lahir dalam kewarasan pemikiran serta keluhuran keimanan terhadap Ilahi.
Jangan kita buka ruang-ruang bisikan syaitan menerusi kemarahan kita. Kita diajar cara bijak mengurus kemarahan yang akhirnya menuntut kita kembali bertaubat dan berserah diri pada-Nya.
Generasi al-Quds yang ulung pimpinan Salahuddin Al-Ayubi (1137-1193) sehingga mampu menawan kota Baitulmuqaddis pada tahun 1187 tidak lahir hanya setahun dua.
Malah, persiapan itu tidak salah jika dikatakan bermula sejak zaman Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali (1058-1111) lagi.
Penumpuan al-Ghazali terhadap persiapan ilmu dan pemurnian aspek aqidah menyediakan generasi gergasi seperti Salahuddin Al-Ayubi.
Pertamanya, kita perlu memperkukuhkan akidah Islamiah yang luhur agar kesatuan spiritual dapat dibentuk.
Menerusi kefahaman yang tepat akan membuka hati untuk umat bersatu.
Kedua, menguasai konsep ilmu sebenar dan menyediakan kepakaran terhadapnya. Penguasaan ilmu yang tidak dikuasai unsur sekular akan membawa muslim ke puncak jaya.
Ketiga, moral muslim terpuji harus ditonjolkan biarpun dibaling batu, kita membalas dengan manisan. Namun penting untuk kita melaksanakannya secara berhikmah dan berwawasan.
Akhirnya, kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan penentu segalanya. Teruslah bermotivasi dengan al-Quran dan sunnah agar diri terpandu pada jalannya yang sebenar.
Capai 100km/j kurang 5 saat

Kebijaksanaan jurutera Lotus membolehkan enjin Evora jana kuasa maksimum
ANAK syarikat Proton Holdings Bhd, Lotus Cars Limited bakal melancarkan model terbaru yang dijana enjin berkuasa Supercharger dikenali sebagai Evora SC.
Jentera berkenaan yang menggunakan enjin 3.5 L V6 mampu mencapai kuasa sehingga 350 kuasa kuda (hp) akan dipamerkan kepada umum pada Pameran Kereta British.
Kuasa Supercharger mampu menghasilkan tork sehingga 400 Nm yang membolehkan kenderaan itu bergerak daripada kedudukan pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa kurang lima saat.
Model Evora terdahulu mencatatkan masa 5.5 pada jarak sama.
Lotus Evora adalah ahli keluarga terbaru Lotus selepas pelancaran model Elise kira-kira 13 tahun lalu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat kenderaan sport di seluruh dunia.
Kerangka Evora yang dihasilkan 100 peratus aluminium seberat 200 kilogram menjadikan model terbaru itu hanya memiliki berat keseluruhan 1,350 kilogram sahaja.
Ia mampu mencecah kelajuan sehingga 250 km/j dengan kuasa maksimum 276 hp daripada enjin aloi Toyota model 2GR-FE 3.5 L V6.
Kebijaksanaan jurutera Lotus membolehkan enjin terbabit mengeluarkan kuasa maksimum hasil gabungan Unit Kom puter Elektronik (ECU), Lotus T6e.
Evora dijana pacuan roda belakang dengan transmisi enam kelajuan termasuk pengenalan buat pertama kalinya sistem kotak gear Tiptronic.
Penggunaan transmisi Tiptronic adalah hasil daripada reaksi pelanggan di Amerika Syarikat yang mahukan jentera Lotus dibekalkan dengan transmisi berkenaan.
Ciri standard Evora termasuk kerusi salutan kulit, meter tekanan tayar, penyaman udara, beg udara, sistem audio pelbagai Alpine, navigasi dan kamera undur.
Meskipun Evora dikenali sebagai kereta berkuasa tinggi, tahap penggunaan bahan api hanya serendah 10.6 kilometer per liter, menjadikannya jentera bertaraf Supercar paling menjimatkan.
-sumber:harian metro

RACE DRIFT
BRAKING DRIFT
FAINT DRIFT
CLUTCH KICK
SHIFT LOCK
EMERGENCY BRAKE DRIFT
DIRT DROP DRIFT
JUMP DRIFT
LONG SLIDE DRIFT
SWAYING BRAKE DRIFT
FF DRIFT (Front Wheel Drive Drift)
POWER OVER

SYAHID! Adakah jiwa anda bersemangat apabila mendengar perkataan itu atau gentar ketakutan?
Apapun perasaan anda, yang pasti ramai Muslim yang syahid, sama ada ketika berjuang membela agama dan tanah air di perbatasan atau menjadi mangsa korban di rumah dan tempat awam seperti rakyat Palestin hari ini.
Mereka sudah biasa dengan perjuangan, malah kanak-kanak mereka membesar di depan muncung senapang. Ungkapan seperti 'hanya kejayaan atau mati syahid yang kami idamkan' sudah menjadi darah daging mereka.
Sejarah membuktikan bukan sedikit orang Islam yang gugur sebagai syahid terutama melalui perjuangan menentang golongan kafir.
Dalam perjuangan peringkat awal kebangkitan Islam seperti perang Badar, 14 orang gugur, perang Uhud (71), perang Khandak/Ahzab (6), perang Khaibar (21), perang Muktah (12) serta perang Hunain dan Taif (16).
Dalam perang Uhud, seorang lelaki Quraisy yang juga bapa saudara Rasulullah s.a.w, Hamzah bin Abd Mutalib, gugur syahid.
Orang pertama gugur syahid dalam Islam ialah Sumayyah binti Khayyat, ibu kepada Ammar bin Yasir yang mati kerana mempertahankan agama Allah di tangan pemuda Quraisy Makkah, Abu Jahal.
Golongan beriman yang gugur sebagai mati syahid sebenarnya hidup di sisi Allah seperti dinyatakan pada ayat 169, surah Ali Imran, maksudnya: "Dan, jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."
Ganjaran pahala dikurniakan Allah kepada orang yang berjuang di jalan Allah sangat besar dan tidak ternilai, bahkan keistimewaan yang diberikan kepada mereka tidak ada tolok bandingnya.
Mereka dijanjikan dengan kegembiraan, kemenangan yang besar dan syurga seperti yang dapat dilihat pada ayat 111, surah at-Taubah.
Darah syahid yang keluar mengalir dari tubuh mereka adalah suci.
Darah itulah yang akan menjadi tebusan untuk mereka mencapai kebahagiaan hidup di akhirat di samping keharuman nama mereka sebagai pahlawan yang sentiasa dikenang.
Istilah syahid berasal daripada perkataan Arab. Secara literal ia bermaksud saksi. Dalam bahasa Inggeris perkataan 'martyr' bagi merujuk orang yang mati syahid.
Al-Quran ada menggambarkan syahid sebagai mati golongan beriman dalam perjuangan agama dan kebenaran, sekali gus membezakannya dengan kematian orang kafir seperti pada ayat 140, dari surah Ali Imran, maksudnya: "Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar).
"Dan, itulah keadaan hari-hari, Kami gilirkan dia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang beriman (dan sebaliknya) dan supaya Allah jadikan sebahagian di antara kamu orang yang mati syahid. Dan Allah tidak suka kepada orang yang zalim."
Pada tempat yang lain syahid diterjemahkan sebagai saksi, misalnya saksi terhadap kebenaran (al-Baqarah:143) dan saksi dalam urusan kewangan (al-Baqarah:282).
Istilah syahid sebagai mati pada jalan kebenaran ada juga digambarkan pada hadis seperti dalam Sahih al-Bukhari, menyatakan Muslim yang terbunuh mempertahankan hartanya.
Ulama ada menyebut syahid terbahagi kepada dua iaitu jenis iaitu gugur syahid berperang dan tidak berperang.
Mereka yang mati berperang pula dikategorikan syahid dunia dan akhirat (mati dalam peperangan kerana ikhlas menegakkan Islam) dan syahid dunia (mati dalam peperangan dengan tujuan utama membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.)
Golongan syahid tidak wajib disolatkan dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil atau besar.
Perkara itu seperti arahan Rasulullah ke atas syuhada perang Uhud.
Sabda baginda maksudnya: "Jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak pada hari kiamat dan tidak usah solat ke atas jenazah mereka."
Mati dalam kebakaran, beranak, penyakit, mempertahankan harta, membela diri dan mati ketika bersiap untuk berperang juga dikategorikan syahid.
Orang yang bercita-cita mati syahid, tetapi mati di tempat tidur juga dianggap syahid seperti hadis diriwayatkan Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah, yang bermaksud: Daripada Sahl bin Hanif r.a bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mengharapkan daripada Allah mati syahid dengan hati yang benar (jujur dan ikhlas), nescaya akan diletakkan Allah kedudukannya di tempat kalangan syuhada sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya."
Ulama terkemuka Sheikh Yusuf al-Qaradawi pada 2003 pernah berkata, pejuang Islam yang terkorban dalam operasi mengusir tentera Amerika Syarikat dari Teluk
dianggap sebagai mati syahid kerana niat suci itu.
Bagaimanapun, ulama Mesir itu menegaskan keperluan membezakan rakyat Amerika dengan kerajaan dan tentera negara itu.
Tentera dan kerajaan Amerika itu, katanya, adalah penjajah dan musuh yang menceroboh negara Islam.
Sehubungan itu, beliau berkata, pejuang Islam yang mati kerana menentang Amerika dianggap syahid dengan syarat niat mereka baik kerana menganggap tentera yang menjajah ini sebagai musuh yang menceroboh wilayah mereka.
Bagaimanapun, ada sesetengah Muslim menggunakan istilah syahid untuk menggambarkan mereka yang mati dalam serangan berani mati seperti serangan ke atas tentera laut Amerika di Lubnan pada 1983.
Greetings...
blogger
-
100 Yong and Dijirus.4 weeks ago
-
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots11 years ago
-
-
Luqies12 years ago
-
COMING SOON13 years ago
-
Meningitis Vs LepToSpiRosis16 years ago
-
-
-
Ajiji's Fav Link
- 5zigen
- work wheels
- SSR wheels
- volk rays wheels
- Veilside
- Monster-sport
- Nismo
- RE amemiya
- Mine's
- j's racing
- Ralliart
- TRD-toyota racing development
- Tial sport
- Turbonetics
- Toda racing
- Mugen
- spoon sport
- JUN auto
- Blizt
- Apexi
- Trust greedy
- HKS
- Topsecret japan
- Tagged
- jackson guitars
- peavey music instruments
- gretsch music instruments
- ernie ball music-string and guitars
- charvel guitars
- b.c guitars
- kramer guitars
- esp & ltd guitars
- washburn music instruments
- mesa boogie music instruments
- Ibanez music instuments
- yamaha music instruments
- fender music instruments
- gibson music instruments
- epiphone music instruments
- Bentley music Malaysia
Followers
About Me
- kusyairy
- Imaginasi dalam kepala terkandungnya ilusi dimana aku sedang memetik daun-daun di pokok lalu dedaun tadi bertukar menjadi wang bernilai dolar,pound,euro,ringgit,tapi daun tetaplah daun.Hukum alam manakan boleh jadi melainkan kuasa-NYA.







.jpg)