Thursday, April 30, 2009

Babysitter ade jambang

jadi babysitter memerlukan penghayatan,kesabaran tahap dewa..bayangkan kalo korang dapat baby@budak kuat memerap..jap-jap nanges..pastu melalak bawak ke level menjerit..nak lempang,anak orang.So lame-lame korang akan melempang diri anda tande menyesal.Baru-baru ni aku mendapat mandat dari mem besar(mak aku le tu) tolong jage babykejap...mem nak masak.Mule-mule tu elok je baby tu tido dalam buai..ngam-ngam je lepas pernyerahan mandat,mak aku ke dapor dan dan tu gak baby melalak..aku pon buai la sambil-sambil nyanyi lagu Amy search-suralaya dalam D major....tak jalan.Nyanyi lagu selimut putih...lagi kuat baby melalak..pastu aku buat derk dengan mentune kesabaran tahap tinggi atau nama lain ultimate..tarik nafas panjang-panjang pastu buat-buat gelak tengok TV,padahal time tu tengah berita.lame-lame baby pon senyap dan kembali tidur..syukur-syukur

kecewa aku sampai lampu bilik pon blow

Per dia???dapat C je...punye la aku study kalah best student kt oxford,last-last dapat c je???asal orang yg pki nota aku dapat lagi best dari aku??plap!!!lampu blow..!!

Tuesday, April 28, 2009

Pagi buta yang celik


Ilmu juga terkandung di dalam bantal yang anda dakap


Kadang kala kejayaan dapat dicapai dalam tidurnya..ni best student klo korg nak tau..btol xtipu


Pagi tu tinggal aku sorang je yg tgh mentelaah@buat revision..yg lain da lme study dalam tido..ilmu peniduran,kod subjek DDJ1234 credit hour:ikut suke anda.Aku tak buleh arr nak start tido...mesti payah tol nk bangun balik.

Tuesday, April 21, 2009

Detik-detik cemas bulan ini dan masuk skit sampai bulan depan

Panjang btoi title post nih..xpe2 kasi nampak cam gempak skit..ade thrill konon-kononnye.Jumaat ni da start perhitungan aku dengan paper exam yang 1st kol 9.00am kt mane ntah xder lak KST kat dalam website...gua pening.Jangan jadi macam Mohd Syukran isnin yang lalu dah la..paper kol 9.00 kol 10.00 baru sampai tu pon kelam kabut cari tempat exam..naseb baik sempat.Tutup crita pasal Syukran ni tadi..masuk line exam balik.Preparation yang bile la aku nak start ni..aku perlu tangkas bak torres atau messi bawak bola nak kasi gol..bantuan dah aku dapatkan dari ija(umor die lebih 2 hari dari aku) tadi.Insyaallah suksess..harapan,harapan.(kasi sedap hati)

Monday, April 20, 2009

Aku dan burung hantu dan Lee


Ni Rock lee dalam anime naruto


Ni adalah gambar seekor burung hantu


Ni plak gambar aku...
sasuke kt sebelah tu tak tau ape-ape pon

Saturday, April 18, 2009

CS-cszero fever

Akhir-akhir ini aku diperkenalkan oleh kawan-kawan 'game' yang aku rasa kalau aku cerita kepada budak-budak sekolah,sure aku kena gelak punya.Counter strike-condition zero.Aku baru terdedah dengan game ini..sekali main ok..2 kali emm ok.Masuk game-game seterusnya(sebab selalu kalah) aku jadi panas+gian,so aku mengendeng Ali(kawan) mintak installer dengan map skali.Map fav aku arenna dengan sniper algojo -sebab shoot dari jauh aje pki sniper..

-tibe-tibe mouse aku hilang-abah aku ambik nak main condition zero jugak.so bukan aku sorang je yang kene cs fever kan??

aku buat blog baru

yeah...utk xnk bagi serabut blog nih aku dlm progress buat blog baru-guitarheroes-exia.blogspot.com.blog baru tu lebih kpd music n instrument..bile dh siap nanti aku inform...thanks to Dr zek sebb sudi bertandang kt blog ni...

Monday, April 13, 2009

Termenung...

Istilah termenung membawa dua maksud iaitu:

1.Termenung-bersendirian memikirkan sesuatu yang bermain di kepala anda

2.Termenung-Berada di dalam bilik kecil juga diistilahkan sebagai termenung

Temenung@ikan kembong-sedap dibuat laksa-diklassifikasikan sebagai tiada kaitan dengan termenung 1 atau 2.

Kisah termenungku
-Baru-baru ini,aku menuju ke suatu tempat yang aku rasa aku sangat benci jika pergi di awal pagi.Yaa..ke kampus.Jam di tangan menunjukkan jam 7.45a.m.Aku berada di Datok Keramat pada waktu itu,menyusuri jalan.Tiba di simpang,lampu isyarat bertukar ke warna merah,maka aku terpaksa berhenti.Aku termenung seketika(apa yang ditermenungkan tidak dapat dipastikan).Lampu bertukar hijau-aku masih termenung sehingga di 'hon' secara bertubi baru aku tersedar dan meneruskan perjalanan ke kampus dan....aku meyambung termenung yang tergendala.Agak lama aku termenung...sedar-sedar aku sudah berada di Kg baru.Akibat termenung aku tersasar.Nasib baik termenung aku itu tidak melanjutkan aku hingga ke Seremban.

Sunday, April 12, 2009

Tunggu-tunggu sampai ke sudah x datang

Pagi yang tak pagi sangat...sabtu-menunggu seseorang yang nak datang jumpe aku...aku pon percaye la kt beliau ni sebab beliau 'call' aku dengan keadaan exited serta teruja semacam orang nak jumpe kekasih awal dan akhir.

Jumaat malam tu:

"Gee sok aku nak jumpe ko boleh?bukan per,nak sembang2 nak minum2-minum ngan ko pastu ade bisness baik nak offer kat ko nih-hihi(gelak mcm orang isap gam pon ade),xsabar aku nih nak jmpe ko"-kata beliau

Sabtu pagi yang tak pagi sangat

Tunggu la aku ni...10 minit pertama-2 batang rokok...10 minit kedua 2 batang lagi.10 minit lepas tu rokok abes,singgah kedai beli lagi sekotak 20.sambil bayar mata aku jeling kt luar kot beliau dah sampai.10 minit kemudian 3 batang aku rokok.sampai baju aku dah bau asap rokok.ok tak per aku kasi lagi 10 minit.Kali ni sebatang rokok.Time's up-beliau dengan batang hidung beliau aku tak nampak.Aku nak call kredit lak abes...so aku bawak la hati yang penuh dengan amarah ni balik rumah.

Pengajaran:
1.baik tunggu kat rumah je..boleh baring2 tgk layan tv ke
2.sambil layan tv makan biskut
3.Jangan caye perkataan 'bisness baik'

Menyakat dan aku tersakat

Beberapa pasal aku...
1.susah bangun pagi-tidor berprofil tinggi

2.Selsema sepanjang tahun-bukan resdung pasal muke aku tak gatal2,jarang bersin.aku xalah dekat seafood

3.kasut ngan sliper aku saiz 9 kadang-kadang jadi 10

4.malas nak angkat phone ngan reply msg-boleh jadi ade yg tgh berdendam dengan aku kot

5.makan sambil membaca-xsama maksud dengan membaca sambil makan,ade paham?

6.time tido,bantal mesti tinggi..kalo x nanti aku pening

7.Suke cakap sorang-sorang sebelum tido

8.Last2 ni aku suke bace novel..kenape eh?

Followers

About Me

Imaginasi dalam kepala terkandungnya ilusi dimana aku sedang memetik daun-daun di pokok lalu dedaun tadi bertukar menjadi wang bernilai dolar,pound,euro,ringgit,tapi daun tetaplah daun.Hukum alam manakan boleh jadi melainkan kuasa-NYA.