Dikenali sebagai Mohd Shahril Azizi B.Aziz menurut kad pengenalan yang belum diketahui sudah siap atau belum(2 week,10 working days).Juga dikenali sebagai Mohammad atau Mamat oleh ibunda tercinta-Pn Ashishah bt Hj Aziz dan En Aziz Mahamad.Mula melihat dunia pada 19 Mei 1986 di Hosital Besar Alor Setar,Kedah.Anak ke-4 dari 6 orang adik beradik.Pendidikan awal di Tadika Abim,Gombak kemudian di SRK Gombak 1 selama 4 tahun(1993-1996),Sk Hulu Kelang(1997-1998).Seterusnya meneruskan pengajian di perngkat menengah di SMK Lembah Keramat 2(kini dikenali sebagai SMK Seri Keramat kerana terdapat kekeliruan orang ramai khususnya posmen terhadap sekolah disebelahnya SMK Lembah Keramat 1).Selepas itu pada tahun 2004 beliau terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) selama 3 bulan di Kem Kuala Kubu Bharu dan Universiti Putra Malaysia(UPM).Program yang seakan-akan percutian sambil dibayar oleh kerajaan pada masa itu,sungguh mempersonakan.Pada tahun 2005 beliau meneruskan pelajarannya di Politeknik Dungun(sekarang dikenali Polieknik Sultan Mizan Zainal Abidin),Terengganu.Pada masa itu beliau bolehlah diibaratkan sebagai perantau selama 2 tahun dalam bidang kejuruteraan automotif.Setelah bergelar graduan politeknik beliau mula bekerja di Produa Rawang selaku 'technician' makan gaji buta selama 4 bulan.2 bulan berikutnya bolehlah ditafsirkan sebagai penganggur tahap 1 kerana masih lagi mempunyai simpanan.Selepas 2 bulan itu beliau ditawarkan secara tidak sengaja oleh Universiti Teknologi Malaysia(UTM) untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal.Maka bermulalah hidup sebagai pelajar yang masih lagi tercari-cari rentak belajar dengan betul.
Setiap manusia mempunyai hobi dan beliau tidak terkecuali.Pada masa lapang(setiap masa adalah masa lapang baginya) beliau acapkali dilihat bersama-sama dengan gitar tong yang dibeli murah daripada seorang rakan dengan harga Rm20 dan juga selalu dilihat berdua-duaan dengan komputer ribanya.Selain itu beliau amat meminati seni seperti melukis dan mencipta lagu syok sendiri.Memandu juga tersenarai dalam hobi beliau kerana beliau amat meminati kereta dan motosikal.
Muzik yang diminati beliau adalah terdiri daripada irama-irama yang keras seperti metal,speed metal,trash metal,rock kapak,experimental music dan seangkatan dengannya.Namun beliau tidaklah menolak irama yang sedap didengar oleh telinganya.Meminati band-band seperti Metallica,Butterfingers,Children of Bodom dan sebagainya yang tidak dapat disenaraikan akibat terlalu banyak.
Bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera setelah tamat belajar nanti,beliau juga berhasrat untuk memiliki kereta Honda EK9 setelah bekerja nanti.Cita-cita beliau pada masa hadapan adalah untuk menjadi jurutera yang berjaya didunia dan akhirat,memiliki gitar idaman,memiliki "tuner shop@pro shop",membuka studio muzik,memiliki ladang ternakan lembu dan kambing dan membuka kedai kek@restoran@kefe.
Akhir sekali sebelum menutup kisah,beliau berniat di dalam hati bahawa hidup ini adalah kerana Allah taala dan mati pun kerana Allah.Beliau juga berharap hidup beliau,keluarga dan rakan-rakan sentiasa dihujani Rahmat Allah.
Amin.....
98 ADELA LASAK
5 weeks ago
salam cayalah jiji!
ReplyDeleteji ko di tag...
jawab jangan tak jawab..